Pengunjung

Add MamaFezi di Facebook

Followers

MamaFezi Copyright. Powered by Blogger.

RAHSIA 'POWER PUMPING'

POWER PUMPING
Cara paling efektif untuk masalah susu sikit atau merudum



Apa itu "Power Pumping"?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu dan secara x langsung dapat meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
2. Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
4. Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni. Boleh juga minum segelas air sebelum dan selepas sesi power pumping. Boleh lakukan sebelum tidur juga dan pastikan waktu melakukan power pumping adalah tetap dan konsisten.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.


SELAMAT BERJAYA!!!
 


No comments:

Post a Comment

Komen di sini, terima kasih.. :)