Pengunjung

Add MamaFezi di Facebook

Followers

MamaFezi Copyright. Powered by Blogger.

Dah makan vitamin tapi takde kesan..KENAPA???


Ada segelintir pengamal vitamin merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan dari vitamin atau supplement mereka. Ini kerana ada beberapa sebab..Jom kita baca satu per satu..

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian
.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Hubungi pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu. 

credit to AnakkuWiraku.com

Performance Drink Shaklee







Performance Drink Shaklee adalah merupakan minuman isotonik yang lebih berkhasiat seperti 100 plus. Istimewanya Performance Drink Shaklee adalah rumusan berpaten dan eksklusif OptiCarb (optimum carbohidrate) yang memberikan tenaga segera kepada tubuh dan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda.

Performance Drink Shaklee membantu menghilangkan kepenatan  dengan:-
- Meningkatkan Daya ketahanan Badan
- Membekalkan Tenaga & Daya Ketahanan fizikal
- Mencegah Penyahhidratan
- Mengekalkan Paras Gula dalam tubuh

Performance Drink Shaklee minuman isotonik yang lazat dan menyegarkan. Mudah dibancuh bersama-sama minuman kegemaran atau diminum begitu sahaja. Anda boleh sediakan minuman isotonik Performance Drink Shaklee pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

PANDUAN PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE



Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Bagi setiap pelanggan , saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan panduan:
Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.
Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.
Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum shj.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi
  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.