Pengunjung

Add MamaFezi di Facebook

Followers

MamaFezi Copyright. Powered by Blogger.

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan


  • Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yang tinggi
  2. Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sebagai sumber tenaga
  3. Zat besi bagi mencegah anemia

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN


Minggu 1

Tekstur
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI

Minggu 2-4


Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)


7 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju


9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli, puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)


ALFALFA


Hari ni nak kongsikan kebaikan dan khasiat alfalfa shaklee, ramai yang dah tau alfalfa sangat baik untuk kesihatan.

Khasiat Alfalfa

Kaya dengan vitamin dan mineral. Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi.
Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
dan Antioksidan.
Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat.
Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah


 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

  • Merawat gangguan pencernaan
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  • Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  • Mengurangkan simptom menopous
  • Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  • Merawat masalah sembelit
  • Menyahkan toksik dalam tubuh
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Membantu masalah penghadaman
  • Membantu memperbanyakkan susu ibu 
  • Mengurangkan masalah pundi kencing
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Membantu tingkatkan kesihatan lelaki



Keistimewaan Alfalfa Shaklee

  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  • Membersihkan hati
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


SET UNTUK KESUBURAN


Cadangan Vitamin - Membantu Meningkatkan Tahap Kesuburan

Vitalea - Merupakan multivitamin yang akan membuatkan tubuh jadi lebih bertenaga terutama bagi ibu yang lepas bersalin. Mengandungi 28 nutrien penting, temasuk 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian serta dilengkapkan dengan zat besi.

Vitamin C - Mengandungi 7 ½ biji oren untuk menampung keperluan tubuh . Mengandungi 

kolagen yang memberi keanjalan tisu dan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda, sebagai antioksidan yang melindungi sel kulit, meningkatkan keimunan tubuhmembantu pemulihan sel kulit, meningkatkan kesihatan tulang dan gigi jugamemelihara kesimbangan hormone kesuburan

B-complex – lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yangmembantu mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, meningkatkan  keimunan tubuh dan penting untuk system urat saraf dan meningkatkan tumpuan berfikir. (stress mampu merosakkan vitamin dalam badan dan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia sebenar). Selain itu B-complex membantu tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Vitamin E – memperbaiki peredaran darah,  memperbaiki tisu kulit sekaligus mengurangkan parut dan jeragat, kulit lebih lebih lembut dan cantik. Melambatkan proses penuaan, menjadikan wajah berseri dan tidak kusam serta membantu tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Zink - digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid)

Alfalfa - membantu dalam menyelesaikan malah wanita seperti keputihan selainmerapatkan keintiman dan bertindak seperti kacip Fatimah yang membantu memperbaiki hubungan suami dan isteri.