Pengunjung

Add MamaFezi di Facebook

Followers

MamaFezi Copyright. Powered by Blogger.

PENYUSUAN ANAK DAN KELEBIHAN SUSU IBU

"Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya.Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
(Surah al-Baqarah,233)

KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI

Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi berbanding dengan susu lain.Antara kelebihan susu ibu adalah seperti berikut:
  • susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, ianya sesuai utk manusia, seimbang dari segi khasiat terpelihara daripada kuman dan mempunyai sukatan yang betul dan amat selamat utk bayi anda..
  • susu ibu mudah dihadam kerana lembut dan cair berbanding dgn susu formula yang pekat dan susah dihadamkan.
  • susu ibu juga mengandungi lactoferrin iaitu sejenis protein yang mampu menghalang pembiakan kuman pada usus bayi dan ini mengurangkan cirit birit.
  • najis bayi yang menyusu ibunya menjadi asid dan menyebabkan pembiakan kuman didalam usus terhalang.
  • susu ibu juga dpt menghalang jangkitan virus kpd bayi.
  • bayi yang menyusu ibunya mempunyai antibodi yg lebih kuat, ini menyebabkan bayi jarang sakit dan sihat
  • tubuh badan bayi yang menyusu ibu juga lebih berisi, kulit pula lebih halus, lembut dan cerah.


kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.





No comments:

Post a Comment

Komen di sini, terima kasih.. :)