Pengunjung

Add MamaFezi di Facebook

Followers

MamaFezi Copyright. Powered by Blogger.

[ TIPS BERPUASA BAGI WANITA HAMIL ]


[ TIPS BERPUASA BAGI WANITA HAMIL ]

1- Sukat air masak dalam botol sebanyak 2 liter dan mulai meminumnya semasa berbuka sehinggalah waktu imsak. Jika mampu boleh minum 2.5- 3 liter air. Kekurangan air adalah punca utama kita akan berasa tidak sihat dan keletihan semasa berpuasa.

2- Pastikan anda mengambil banyak protein misalnya kekacang, daging dan telur.

3- Protein amat diperlukan dalam tumbesaran bayi selain ianya memberi tenaga dengan lebih lama berbanding karbohidrat.

4- Elakkan makanan bergula kerana ianya akan menyebabkan paras gula tinggi dan rendah secara mendadak yang menyebabkan anda berasa pening atau pitam.

5- Elakkan makan makanan bergoreng dan berlemak contohnya samosa, popia goring dan lain-lain. Ini kerana makanan berminyak dan berlemak mempunyai khasiat yang rendah walaupun mengenyangkan.

6- Kurangkan atau lebih baik elakkan daripada meminum kopi dan the. Ia mengandungi kafein yang boleh menyebabkan anda kehilangan air melalui diuretic (kencing).

7- Makanlah 3 biji kurma sebagai penambah tenaga dan minumlah susu.

8- Elakkan berjalan jauh dan elakkan dari terdedah kepada cuaca panas kerana ia mempercepatkan dehidrasi.

9- Kurangkan kerja-kerja berat.

10-Tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia membantu dalam memberirasa kenyang yang lebih lama.

11- Perbanyakkan membaca Al- Quran, berzikir dan mendirikan solat sunat.

12- Ambil supplemen tambahan jika perlu disamping memastikan anda makan vitamin mengandung anda. Supplemen tambahan cadangan kami ketika berpuasa :

Bersahur: Mighty 3 Gems ( ESP + Meal Shakes + Performance Drink) + Oat .

Selepas Berbuka : Omega Guard + B Complex + VitaLea + Vita C

Ingat ibu-ibu mengandung yang gojes sekalian, jangan sesekali skip sahur! Sahur ni amat penting untuk memastikan anda kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari. Ia juga penting agar kita dapat membekalkan nutrient secukupnya buat bayi dalam kandungan tanpa menjejaskan kesihatan diri sendiri.

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

SUMBER : Majalah Pa&MA JUlai 2013 &
http://www.babycenter.com.my/a1028984/tip-tip-kesihatan-semasa-hamil-dan-berpuasa#ixzz2Ylq4gJLk


Cadangan Vitamin tuk ibu hamil..

vitalea
vitamin c
bcomplex
ostematrix




No comments:

Post a Comment

Komen di sini, terima kasih.. :)