Pengunjung

Add MamaFezi di Facebook

Followers

MamaFezi Copyright. Powered by Blogger.

Cara Berbelanja Bagi Yang Sibuk



Kesibukan sering menyebabkan seseorang itu berbelanja barang keperluannya pada hari minggu saja. Ketika itu timbul kekalutan mengenai barang yang ingin dibeli. Mungkin ini menyebabkan mereka berbelanja lebih daripada sepatutnya.



Untuk membantu ketika berbelanja, gunakan senarai semak berikut ketika membeli-belah.



* buat catatan mengenai barang-barang yang telah kehabisan stok di rumah dan buat perkiraan perbelanjaan bagi barangan yang sama bagi tempoh satu bulan.



* Buat senarai barangan yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut.Ini dapat membantu dalam menguruskan perbelanjaan agar tidak membeli lebih daripada peruntukan yang telah ditetapkan.



*teliti sesuatu barangan yg dibeli. Pastikan barangan tersebut tidak rosak atau telah luput tarikh penggunaannya. Elakkan daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.



* Sebelum berbelanja, cuba sediakan menu hidangan untuk tempoh satu hingga dua minggu. Buat senarai barangan yang ingin dibeli berdasarkan menu hidangan tersebut. Jangan masukkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang hanya boleh bertahan sehingga 3 hingga 4 hari sahaja dalam senarai barang.



* Bagi barang makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan dan udang, beli pada peringkat akhir sekali setelah membeli barangan yang lain supaya ia tidak rosak



* Teliti label pada bungkusan setiap barangan dalam tin.Perhatikan tarikh luputnya. Jangan beli barangan dalam tin yang tidak meletakkan tarikh luput.



* Jangan beli barangan yang rosak pembungkusannya atau tin yang telah kemek.



* Jangan mudah terpedaya dgn diskaun atau jualan murah. Baca bungkusan yang diberikan diskaun.Mungkin barangan tersebut telah tamat tarikh luputnya.



* Jangan tinggalkan barangan makanan terlalu lama dalam kereta, khususnya barang makanan yang berbau seperti udang dan ikan. Jika perlu bawa bekas kedap udara agar barang tersebut sentiasa segar.



buletin pengguna

bil:11/2005

No comments:

Post a Comment

Komen di sini, terima kasih.. :)